Monday 6 June 2011

KISAH YANG PERLU DIAMBIL IKTIBAR!!!

Alkisah wujudnya seorang HAMBA ALLAH yang dahulunya telah menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan perkara kemungkaran yang mengundang kemurkaanNya. Satu dosa yang sangat hina dan jijik..."nak tahu semua sahabah-sahabiah", iaitu perbuatan melawan fitrah... "NA'UZUBILLAHHIMINDZAALIKH" HAMBA ALLAH tersebut sudah pun bertaubat dari dosanya yang lampau. Dia telah lama meninggalkan zaman kegelapannya dan ingin kembali ke jalan lurus di bawah "bumbung keredhaanNya dan payung kerahmatanNya". Tetapi...waktu bersilih ganti dan dia perlahan-lahan tertarik ke lembah kehinaan itu kembali."ASTAGHFIRULLAHHAL'AZIIM", dia kembali melawan fitrah. "Wahai sahabah-sahabiah, lihat...betapa senangnya HAMBA ALLAH itu ditarik semula ke kancah kehinaan walaupun sudah bertaubat dan menyesali diri. Ini membuktikan bahawa kita masih tidak boleh terlalu gembira setelah kita bertaubat kepadaNya. Selagi KIAMAT tak muncul jangan haraplah syaitan akan berhenti menyesatkan kita...hal ini kerana kita sudah tahu bahawa syaitan telah berjanji dengan Allah bahawa mereka akan TERUS menyesatkan umat manusia sehinggalah hari KIAMAT tiba kelak. Baiklah, kita sambung cerita tadi..." Setelah melakukan perbuatan terkutuk tersebut, dia terasa sedih dan risau akan kemurkaan PenciptaNya lalu dia cuba melawan NAFSU dan GODAAN SYAITAN LAKNATULLAH setiap hari sehinggalah pada suatu hari...........dengan izin Allah S.W.T., dia mendapat HidayahNya dan dia kembali bertaubat dengan seikhlas hati yang munkin. Dia nangis teresak-esak mengenangkan perbuatan jahatnya itu.
"MasyaAllah, cuba kita lihat betapa kasihnya Allah kepada HAMBANYA yang benar-benar ingin kembali kepadaNya. Sebenarnya, Allah menguji dia seperti ini adalah untuk menguji tahap kebenaran dirinya untuk berada di landasan ketaqwaan kepadaNya",........kemudian HAMBA ALLAH tersebut mejalani hidup sebagai orang yang soleh dan memiliki jati diri yang sebenar."ALHAMDULILLAH, bersyukurlah kepada Allah."

No comments:

Post a Comment