Saturday 4 June 2011

4 GOLONGAN YANG DITARIK WANITA KE NERAKA!!!

PERTAMA: AYAHNYA
Apabaila seseorang bergelar ayah tidak mempedulikan  anak2 perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. dia membiarkan  anak2 perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA: SUAMINYA
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri....walaupun dia seorang alim( solat x tangguh, puasa x tinggal) maka dia tetap akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

KETIGA: ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya...jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT: ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan tarikan ibunya. 


@Maka kita lihat betaa hebatnya tarikan wanita bkan sahaja di dunia bahkan di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, anak lelaki harus mmainkan peranan mereka yang sebenar.

FIRMAN ALLAH S.W.T.:
"HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU."


HAI WANITA, KASIHANILAH AYAH ANDA, SUAMI ANDA, ABANG-ABANG ANDA SERTA ANAK-ANAK LELAKI ANDA....KESIANKANLAH MEREKA DAN DIRI KAMU SENDIRI....JALANKAN PERINTAH ALLAH S.W.T. DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN DENGAN IKHLAS.

No comments:

Post a Comment